Saturday, 15 October 2011

Betul ke ni?


 http://amenoworld.blogspot.com/2011/10/salah-ke-kalau-admin-kbsb-jadi-admin.html#ixzz1akjeoXLt

Salah ke kalau admin KBSB jadi admin APC?

FRIDAY, OCTOBER 14, 2011




Semalam saja aku tak update blog sebab nak buat konon2 dah kantoi. Tapi aku kelakar gile baca pandangan2 orang pasal isu neh. Macam2 benda yang dorang tulis pasal aku. Dari sini je aku dah boleh baca dan faham pemikiran2 dorang macam mana.

Pasal ada yang nak tahu asal usul kejadian neh maka aku nak bagitau sikit. Tak banyak. Pasal aku malas nak taip panjang2 sebab kisah aku dengan apc neh sebenarnya satu kisah yang panjang. Aku kenal dan gaduh dengan admin apc sebelum wujud apc dan kbsb lagi. 

Yang aku nak tulis pasal kejadian 2 hari lepas. Untuk rekod neh kali kedua kbsb berjaya menghuruharakan apc. Kali pertama ketika account pejuang maya di hack dan email2 apc didedahkan. Dari situ aku dah boleh tahu siapa yang bagi info2 kat admin apc. Email2 terpilih seperti email granpa jas salleh [kalau korang masih ingat 7 ataupun 9 perkara] yang menceritakan pasal syarat perjuangan di apc blablabla.. pernah didedahkan di kbsb dulu.

Masa tue kami di kbsb menggunakan trick konon2 ada orang dalam [admin apc] bagi info pasal email2 terbabit. Yang kelakar gile.. admin apc punyalah bodohnakmampos. Depa boleh kata benda tue fake dan kami menipu. Sadis dowh. Sampailah pada satu hari tue, geng2 kbsb berjaya [aku berlakon sebagai pejuang maya, email apc yang berjaya di hack] menghuruharakan page apc. 

Dari malam bawa ke pagi sampai apc terpaksa tutup [lari macam biasa] memikirkan siapa admin yang buat onar padahal tiada mana2 admin pun yang buat onar. Dorang kena main je. Kita orang di kbsb masa tue puas gelak sakan beb. Mungkin masih ada yang ingat lagi.

Memang kelakar gile. Secara peribadi aku dah kenakan apc berkali2 sebab tue apc anti sesangat dengan aku. Sesiapa yang berhujah dengan dorang di apc akan di ban dan lepas di ban dinasihatkan, achik kena buat account baru. Dia ingat semua orang yang masuk apc tue aku ke apa? Kelakar gile. Seme benda pun apc akan kaitkan dengan aku. Dorang sebenarnya yang berdendam dengan aku, bukan aku yang berdendam dengan dorang. Buktinya aku masuk tak sampai seminit tah apa2 tah aku tulis dan di akhiri dengan kata2 jangan ban aku, terus aku kena ban.

kah kah kah

Apa pun dalam isu pergaduhan papa gomo vs apc, aku mengaku aku saja masuk campur untuk provoke. Kisah nya begini ;

1. Ada fan kbsb inform yang papa gomo tengah balon admin apc [lebih kurang].

2. Then aku masuk sana tengok.

3. Aku dapati papa gomo banyak kali cakap apc milik pembangkang.

4. So aku pun inbox papa gomo. Betul, aku yang inbox papa gomo. Bukan dia yang inbox aku.

5. Yang sebenarnya aku tengah fikir macam mana nak umpan dia masa tue.

6. Lepas tue aku taip lah macam gambar printscreen yang tersebar tue.

7. Aku fikir dia mesti printscreen. Cuma aku tak sangka dia terus update dalam blog.

8. Bila aku dah nampak rentak dia betul2 nak lemahkan kredibliti apc, so aku pun berpakat dengan admin kbsb yang lain untuk besarkan citer. 

9. Mula2 aku buat2 salah taip nama joe.

10. Kenapa joe? Mudah, sebab joe neh ramai ahli apc tak puas ahti dengan dia. Dia kan suka berlagak dan tunjuk kuasa veto. Mungkin ramai di apc tatau joe neh sapa. Tapi aku tahu dia sapa. Dan joe pun tahu aku sapa. Kbsb sepatutnya tahu dia sapa sebab kami pernah siarkan gambar dan rupa joe neh. Cuma benda dah lepas. Kami dah taknak ulang tayang gambar2 admin apc lagi dah. 

Sebab apc sekarang pun dah tak macam dulu. Dorang pun dah tak main gambar2 peribadi orang2 yang dorang dah ban. Kalau tidak dulu, sikit2 lepas ban, dorang cilok gambar2 peribadi orang yang di ban, tak kiralah gambar anak orang ke, isteri orang ke, apa ke, dorang upload di apc untuk maki hamun orang tue. Itu pasal aku balas balik dengan upload gambar2 admin apc. Tapi benda dah lepas. Kalau dorang dah berubah, aku pun kena berubah ikut keadaan gak.

11. Lepas tue aku biarkan 2,3 minit. Bagi masa untuk sesiapa printscreen. Then aku tukar nama. Lepas tue aku ulang trick dengan copy paste ayat2 admin apc dan letak di kbsb. Simple.

12. Aku percaya ahli2 apc akan mudah termakan tipu daya neh. Dorang kan kurang bijak.

13. Nampaknya memang betul, selepas benda tue tersebar, apc jadi huruhara satu hari [semalam] dan macam biasa admin apc akan lari bila masalah melanda bertubi2, dan seperti selalu, komen2 yang lepas akan didelete bagi menjaga reputasi apc. 

kah kah kah

Simple je. Aku memang sengajakan kenakan apc. Aku memang sengaja kenakan papa gomo. Ada aku kesah kalau korang nak label apa2 bagai kat aku? Tak kesah der. Dorang terkena disebabkan kebodohan dorang sendiri. Dorang sepatutnya yakin dan percaya pada admin apc. Kalau dorang yakin dan percaya dengan admin apc, apa korang fikir aku boleh kenakan apc dengan mudah?

Aku pun kena tempias negatif gak. Tapi ahli kbsb tak attack aku pun. Pasal dorang yakin dan percaya dengan kredibliti kbsb. Kredibliti apc diragui sebab dorang suka menipu, menfitnah, tak pandai berhujah, suka lari dari masalah dan hanya pandai ban.

Untuk rekod, papa gomo dah ban aku di fan page nya. Kenapa? Aku rasa aku tahu sikit2. Tapi diharap lainkali aku tak perlu berikan penjelasan lagi pasal neh. Pasal apa, asal ada peluang untuk kenakan apc dan geng2 pemfitnah, aku akan gunakan peluang tue sebaiknya2.

So, nak kisah apa der? Tak perlu lah kita simpati pada sang pemfitnah.

Nota : Lihat printscreen di atas.

Nota : Email apc = pejuang maya di hack oleh seseorang sebelum diberikan kepada kbsb untuk hebahan. 

Ameno : Troller is trolling.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/10/salah-ke-kalau-admin-kbsb-jadi-admin.html#ixzz1areZkiC5


----------------------


No comments:

Post a Comment