Mereka yang hebat adalah mereka yg akan berfikir untuk masa hadapan, bagaimana sesuatu masalah itu akan diselesaikan dan tidak akan menggunakan cara lama untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi pada masa kini.
Ini kerana mereka tahu, setiap era ada cara penyelesaian masalah yang tersendiri, dan situasi satu masa dulu tidak sama dgn situasi skrg.
Jika dahulu, kekuatan ketenteraan itu penting, siapa yang paling kuat tenteranya maka merekalah yg akan menjadi penakluk dunia.
namun kini, siapa yg memegang maklumat, dan yg berpengetahuan maka merekalah yang akan mencatur dunia. Pada zaman ini 'knowledge is power', those who have the knowledge they are the ones who has the power to dictate the world order.
Kita tak boleh menafikan, dunia kini melangkaui sempadan, sesiapa sahaja boleh menjadi apa sahaja. Informasi hanya berada di hujung jari, dan terpulanglah kpd mereka bagaimana informasi tersebut hendak digunakan.
Anjakan paradigma minda sebegini diperlukan untuk memastikan kemajuan negara terus tercapai. Jika rakyat sesebuah negara itu tak tahu bagaimana hendak menggunakan teknologi dengan sebaik-baiknya, dunia siber ini hanyalah sbagai satu tempat untuk mereka bersosial.
dan jika mereka bijak menggunakan peluang yg didapati drp dunia siber ini mereka akan dapat melangkah ke depan.
Kemajuan dan tamadun kini bukannya dicorakkan oleh barat, tetapi kini ketamadunan manusia adalah atas initiatif bersama semua warga dunia yg berkongsi dan bertukar-tukar fikiran menerusi alam siber.
No comments:
Post a Comment