Thursday 20 October 2011

KEMPEN TMX-PFB: Penggunaan Yuran PIBG yang realistik


TMX PFB mencadangkan agar isu yuran PIBG diperbincangkan utk keperluan dn kepentingan masa kini sesuai dgn tujuan dn objektif penubuhan PIBG-PIBG dipersekitaran pendidikan negara

Kita mendapati pemahaman berkaitan fungsi PIBG ini di mana ia menjadi isu setiap tahun di awal pembukaan sekolah yang perkara ini telah mendatangkan beban kepada rakyat jelata

Salah erti banyak pihak tentang fungsi PIBG ini telah menyebabkannya dipolitikkan

Ramai beranggapan pihak kerajaan berkuasa di atas segala keputusan yg dibuat oleh PIBG, padahal keputusan mutlak PIBG adalah daripada keluarga ibu bapa pelajar sendiri.

Ketidakaktifan dn sikap ambil leka keluarga pelajar dlm soal menghadirkan diri dlm mesyuarat PIBG telah menyebabkan banyak keputusan yg tidak realistik dn tidak menyebelahi keluarga pelajar  yg berlaku selama ini.

oleh yang demikian, pembabitan aktif keluarga pelajar dalam mesyuarat tahunan PIBG amatlah perlu bagi mengelakkan isu nilai yuran PIBG dapat ditangani.

1.Yuran PIBG bukanlah utk kegunaan para guru atau kakitangan sekolah yang lain

2. Ia wajarlah digunakan utk membantu para pelajar yang susah.

3. Ia bukanlah suatu bayaran yg 'wajib' bagi ibu bapa/penjaga murid

4.Yuran PIBG adalah satu tanggungjawab sosial ibu bapa dn bukan satu pembayaran yg terpaksa 'dilakukan, terutamanya oleh para ibu bapa yg berpendapatan rendah.

5.Yuran PIBG sekolah sepatutnya digunakan utk membantu pelajar yg tidak  mampu,  pelajar yg miskin dn  yg  tiada wang saku untuk membeli makanan di kantin sekolah.

6.Selain daripada itu, wang tersebut juga MESTI digunakan oleh pihak sekolah utk membantu meringankan beban keluarga pelajar kurang mampu, seperti membeli pakaian sekolah, kasut,  beg, beg dn lain-lain lagi keperluan pelajar

7.Namun begitu, dalam banyak kes,  yuran PIBG sekolah selalu disalahgunakan oleh pihak-pihak 'berkepentingan'  untuk tujuan membeli langsir, pasu bunga dan lain-lain lag dengan alasan untuk 'menghiasi' sekolalah ataupun digunakan utk kursus guru serta lawatan guru, atau apa juga aktiviti yang 'kononnya' untuk kebaikan pelajar.

8.Ia adalah suatu perkara yang wajar diberikan perhatian oleh pihak sekolah.

9. Cadangan ini diharap mendapat pertimbangan yg sewajaarnya daripada pihak kementerian, agar wang PIBG sekolah akan digunakan sebaik mungkin utk membantu pelajar kurang mampu dn menjalankan aktiviti yang berkaitan dgn pelajar dan bukan pihak lain.

Mohon beri Cadangan.

Sekian.

  • Azwan Ismail likes this.
    • Firman Haruddin saya tau sangat psl isu ini
      08 October at 15:06 ·
    • Firman Haruddin sbnrnya penentuan yuran pibg dibuat pada mesyuarat agung pibg
      08 October at 15:07 · · 1 person
    • Firman Haruddin nilainya dipersetujui bersama
      08 October at 15:07 · · 1 person
    • Firman Haruddin yg parent yg bising ni slalunya parent yg tak datang masa mesyuarat
      08 October at 15:07 · · 1 person
    • Firman Haruddin sbb tu kalo kita pegi stiap skola nilainya berbeza
      08 October at 15:07 · · 1 person
    • Mohd Shahmi Zamrinor Sbb tu la penting kene hadir mesyuarat pibg
      08 October at 15:46 ·
    • Norazniza Abdul Karim
      ye betui... iza dah bgtau benda ni berkali2 dlm posting2 ni bahawa keperluan IBU BAPA untuk hadir ke setiap mesyuarat yg diadakan... mesyuarat pibg bukan diadakan hanya utk BERSETUJU sahaja dengan semua cadangan tetapi juga memberikan panda...See more
      08 October at 22:08 ·
    • Tun Maharezza II yah...keluarag perlu lebih aktif ke mesyuarat pibg jika x mahu eprkara spt ini berulang...
      09 October at 12:56 ·

No comments:

Post a Comment